NHCCE – Siri Serantau

Sumber Manusia 5.0: Evolusi Pembangunan SUmber Manusia

Microcredential HRD Corp

Lanskap pasaran kerja semasa memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran dan ini mendorong kepada keperluan kursus berbentuk Microcredential bagi menjamin kebolehpasaran dan memastikan pekerja kekal berdaya saing.

HRD Corp Signature Programmes

Kursus latihan eksklusif ini dibangunkan dengan kerjasama pakar bidang khusus tempatan dan antarabangsa dengan menggabungkan keperluan pembangunan modal insan industri selaras dengan aspirasi Kerajaan.

e-LATiH

Pilihan kursus pembelajaran dalam talian terbesar di Malaysia. Pilih daripada lebih 1,000 kursus dan lihat kandungan baharu dan menarik yang diterbitkan setiap bulan.

Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL)

RPEL adalah skim yang dirangka untuk membantu pekerja tempatan yang memiliki tahap pendidikan rendah dan menengah untuk diiktiraf dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan standard yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau sijil yang setara, ini bertujuan untuk membantu pembangunan kerjaya pekerja terbabit. RPEL adalah salah satu skim di bawah peruntukan RMK12.

Computer Based Training (CBT)

Program yang dirancang bagi membolehkan majikan membeli atau membangunkan perisian latihan untuk melatih dan meningkatkan tenaga kerja mereka. Ini adalah program bermanfaat untuk majikan yang tidak dapat melepaskan pekerja mereka mengikuti latihan di luar premis syarikat. CBT juga membantu pekerja dalam menerapkan pembelajaran mengikut kesesuaian masa mereka sendiri berikutan waktu belajar, lokasi dan persekitaran latihan yang fleksibel serta penggunaan pakej perisian latihan.

Latihan Bakal Pekerja (FWT)

Program yang dirancang untuk membolehkan majikan menggaji bakat yang dapat melaksanakan tugas dengan pengawasan minimum. Ini termasuk melatih bakal pekerja dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Recognition of Prior Learning (RPL)

RPL adalah program yang dirancang untuk membolehkan pekerja memperoleh pengiktirafan terhadap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh menerusi pekerjaan dan pembelajaran. Ini akan dinilai mengikut tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ini juga akan membantu pekerja yang tidak mempunyai sijil rasmi memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang relevan di tempat kerja berdasarkan kecekapan mereka

Kemudahan Latihan & Pengubahsuaian (ALAT)

KEMUDAHAN LATIHAN & PENGUBAHSUAIAN (ALAT)Beli peralatan untuk menggalakkan latihan dalaman di syarikat anda KEMUDAHAN LATIHAN & PENGUBAHSUAIAN (ALAT) ALAT bertujuan untuk mendorong para majikan melaksanakan program latihan dan pengembangan kemahiran mereka sendiri dengan membiayai pembelian alat bantu latihan atau mendirikan, mengubahsuai dan meningkatkan fasiliti latihan. Sokongan HRD Corp*: Bantuan Kewangan Peralatan Bantuan Latihan Pembentukan Fasiliti… Continue reading Kemudahan Latihan & Pengubahsuaian (ALAT)

HRD Corp Claimable Course

HRD Corp Claimable CoursePeningkatan dan penambahan kemahiran pekerja anda selaras dengan keperluan perniagaan dan operasi anda HRD Corp Claimable Course HRD Corp Claimable Course adalah program khusus yang dirancang untuk membantu majikan dalam melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka sesuai dengan keperluan operasi dan perniagaan. Sokongan HRD Corp*: Membiayai latihan dalaman atau awam untuk tempoh… Continue reading HRD Corp Claimable Course

RESOURCES

RESOURCES