DASAR KESELAMATAN & PRIVASI
Ketahui bagaimana kami memastikan keselamatan dan privasi anda semasa anda berada di laman web kami.

Perlindungan Data
Teknologi terkemuka termasuk perisian enkripsi digunakan untuk melindungi data yang diberikan kepada kami. Piawaian keselamatan yang ketat juga dipertahankan untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Pengumuman Penting
HRD Corp tidak pernah melantik mana-mana ejen, penyedia latihan atau individu sebagai wakil kami untuk pendaftaran majikan, permohonan geran latihan, tuntutan latihan, atau untuk mendapatkan maklumat anda. Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami dengan segera di: 1-800-88-4800 atau e-mel: [email protected] jika anda dihubungi oleh pihak yang mengaku mewakili kami.

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda memilih untuk bertransaksi menggunakan laman web kami atau menghantar e-mel yang mengandungi data peribadi anda, data ini tidak akan dikongsi dengan agensi Kerajaan lain kecuali jika maklumat tersebut dianggap bersifat umum.

 

Maklumat yang Dikumpul
Tiada sebarang maklumat peribadi yang dikumpul semasa anda melayari laman web ini, kecuali maklumat yang anda berikan melalui e-mel atau transaksi atas talian.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Klik Pautan ke Laman Web yang Lain?
Dasar privasi ini hanya berlaku untuk laman web kami dan anda harus memahami bahawa laman web lain yang dihubungkan oleh laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Kami mengesyorkan anda untuk membaca dan memahami pernyataan privasi setiap laman web.

Perubahan pada Dasar ini
Perubahan pada dasar privasi ini akan dikemas kini di halaman ini. Jika anda meninjau halaman ini secara berkala, anda akan mengetahui kemas kini mengenai maklumat yang dikumpul, bagaimana ia digunakan dan keadaan-keadaan di mana, jika ada, ia akan dikongsi dengan pihak lain.

Pengumuman Penting
HRD Corp tidak pernah melantik mana-mana ejen, penyedia latihan atau individu sebagai wakil kami untuk pendaftaran majikan, permohonan geran latihan, tuntutan latihan, atau untuk mendapatkan maklumat anda. Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami dengan segera di: 1-800-88-4800 atau e-mel: [email protected] jika anda dihubungi oleh pihak yang mengaku mewakili kami.

RESOURCES

RESOURCES

RESOURCES