Lanskap pasaran kerja semasa memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran dan ini mendorong kepada keperluan kursus berbentuk Microcredential bagi menjamin kebolehpasaran dan memastikan pekerja kekal berdaya saing.
Microcredential (MC) HRD Corp diperkenalkan bagi membolehkan seseorang individu yang mengikuti kursus pendek diberi pengiktirafan secara profesional. Ia dinilai berdasarkan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap utama individu tersebut.
Microcredential merupakan pembelajaran singkat yang fokus kepada skil profesional tertentu berasaskan keperluan industri dan diiktiraf oleh majikan. Ia juga menjadi salah satu komponen dalam Program Akreditasi atau kursus stand-alone yang menyokong tahap profesional, teknikal dan pembangunan kendiri. Setiap peserta Microcredential akan diberikan sijil digital setelah tamat kursus.
5
6
7
Kursus MC HRD Corp yang disertai memudahkan pelajar untuk meneruskan pembelajaran sepanjang hayat.
Belajar mengikut masa dan kaedah pilihan pelajar sendiri.
Peluang untuk pembelajaran dan pensijilan berterusan dapat direalisasikan.
Meningkatkan tahap kecekapan industri dan pembangunan industri.
Pengiktirafan dalam bentuk pensijilan digital apabila berjaya melengkapkan kursus.
Nilai kredit kursus yang ditindankan boleh dipindahkan kepada kelayakan formal.
Menerima penilaian keseluruhan mencakupi pengetahuan, kemahiran dan sikap.
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Wisma HRD Corp, Jalan Beringin,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
[email protected] | 1800-88-4800