HRD CORP LANCAR NHCCE 2022, UMUM JALIN KERJASAMA BERSAMA LINKEDIN

Human Resource Development Corporation (HRD
Corp) melancarkan National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2022
di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
persidangan tersebut dilancarkan oleh Datuk Seri Jamil Salleh, Pengerusi HRD Corp.

HRD CORP DAN PERSATUAN PKS MALAYSIA PERKENAL PROJEK RINTIS PERTANIAN PINTAR HIDROPONIK UNTUK ORANG ASLI

Human Resource Development Corporation (HRD
Corp) telah menjalin kerjasama dengan Persatuan PKS Malaysia (Persatuan
PKS) menerusi projek rintis pertanian pintar hidroponik untuk masyarakat
Orang Asli di sini hari ini. Ini merupakan lanjutan daripada Perjanjian
Persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak bagi
membangunkan program latihan serta peningkatan kemahiran untuk
masyarakat setempat bulan lepas.

PERSIDANGAN TAHUNAN HRD CORP KEMBALI DENGAN NAMA SERTA WAJAH BAHARU

Human Resource Development Corporation (HRD Corp)
mengumumkan bahawa persidangan modal insannya yang berprestij serta dinanti-nantikan
telah kembali selepas dua tahun. Perincian itu didedahkan pada pengumuman media yang
dibuat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, di sini, hari ini.

PERDANA MENTERI LANCAR HRD CORP & PLATFORM SEHENTI NASIONAL

Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah melancarkan jenama baharu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Beliau juga turut merasmikan platform sehenti nasional pertama negara, UpskillMalaysia, yang akan menampilkan senarai komprehensif program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia.

HRD CORP LANCAR SCOPE

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah melancarkan inisiatif baru mereka, Second Chances & Opportunities for People to Excel (SCOPE), hari ini.

SCOPE dilaksanakan untuk membantu bekas banduan dengan menyediakan latihan pembangunan kemahiran serta peluang menjana pendapatan dan pekerjaan. Ini bertujuan membantu peserta bersedia dan seterusnya berjaya kembali semula ke dalam tenaga kerja negara serta ke pangkuan masyarakat.

RESOURCES

RESOURCES