News & Articles

STAF DAN SUKARELAWAN HRD CORP TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR

21 Disember 2021 – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menggerakkan skuad khas yang terdiri daripada staf HRD Corp dan sukarelawan individu, untuk membantu bangsa bajir semenjak semalam. Usaha yang diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi Dato’ Ariff Farhan Doss dan pegawai pengurusan kanan, telah mengedarkan makanan dan barangan asas buat mangsa banjir di pusat penempatan sementara dan juga membantu dalam usaha membersihkan rumah rumah yang terkesan akibat banjir di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat.  Usaha yang telah dilakukan sepanjang dua hari ini telah diikuti oleh lebih 100 sukarelawan yang terdiri daripada staf HRD Corp, pelajar koleh MAHSA dan individu persendirian. Usaha ini telah membantu banyak keluarga yang memerlukan. Usaha ini juga dijangka mencapai 400 lagi keluarga dalam jangka masa terdekat ini dan akan diteruskan sehingga hujung minggu ini.  Warga Malaysia yang ingin menyumbang kea rah usaha ini boleh melakukannya menerusi du acara. Pertama mereka boleh menyumbang barangan keperluan asas seperti makanan kering, air botol, peralatan mandian, selimut, bantai, tilam, pakaian dan sebagainya. Barangan ini boleh dihantar terus ke Pusat Koleksi, Aras Bawah, Wisma HRD Corp, Jalan Beringin, Damansara Heights.  Selain itu, individu juga boleh mengikut pasukan sukarelawan dengan mendaftar di pautan ini dan bersedia di lobi Wisma HRD Corp, sebelum jam 10 pagi setiap hari. Individu hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian untuk kerja kerja pembersihan. Segala pengangkutan, alatan pembersihan dan makanan untuk sukarelawan akan ditanggung dan dibekalkan oleh HRD Corp.  Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh mengunjungi akaun media social HRD Corp, Facebook, Twitter, LinkedIn dan Instagram.

RESOURCES

RESOURCES