Berita dan Artikel

HRD CORP SIGNS A MEMORANDUM OF UNDERSTANDING WITH EMIRATES AVIATION UNIVERSITY (EAU)

Kerjasama antarabangsa pertama seumpamanya bagi agensi akan mendorong usaha pembangunan latihan dan kemahiran yang lebih baik untuk industri penerbangan Malaysia

Kuala Lumpur, 22 October 2021 – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Penerbangan Emirates (EAU) bagi meningkatkan kemahiran dan bakat dalam industri penerbangan di Malaysia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi kerjasama tersebut, HRD Corp dan EAU akan memberikan komitmen untuk berkongsi pengetahuan dalam industri penerbangan di kedua-dua negara. Ini termasuk membangunkan kurusu kemahiran dan program akademik bidang penerbangan yang boleh diterima pakai di kedua-dua buah negara. Di samping itu, HRD Corp dan EAU juga akan bekerjasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan yang mampu memberi manfaat kepada sektor penerbangan di Malaysia dan Timur tengah untuk jangka panjang.

MoU tersebut ditandatangani di kampus EAU di Bandar Akademik Antarabangsa Dubai oleh Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood dan Naib Canselor EAU, Professor Ahmad Al Ali dengan disaksikan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Seri M. Saravanan dan Pengurus Usahasama EAU, Robert Johnson.

Ini merupakan kerjasama antarabangsa pertama seumpamanya oleh HRD Corp sejak penubuhannya pada tahun 1993. Kolaborasi ini juga melambangkan permulaan baru bagi organisasi setelah penjenamaan semula daripada Human Resource Developmend Fund (HRDF) pada tahun ini, yang mana ia sedang menuju ke arah pengantarabangsaan yang lebih besar untuk manfaat para majikan, pekerja dan penyedia latihan yang berdaftar.

Menerusi kerjasama seumpama ini, HRD Corp dilihat mampu menawarkan program latihan dan pembangunan yang lebih luas dari seluruh dunia kepada majikan berdaftarnya. Terutamanya bagi program yang berkepakaran tinggi yang tidak disediakan di Negara Malaysia. Pada masa yang sama, kerjasama seperti ini juga akan membuka lebih banyak pasaran kepada penyedia latihan HRD Corp apabila mereka kini boleh menawarkan kursus mereka kepada pelatih dan organisasi di luar negara. Di samping itu, HRD Corp juga kini dapat meletakkan penanda aras terhadap pembangunan modal insan di Malaysia berpandukan organisasi yang telah berjaya di seluruh dunia.

Kerjasama dengan EAU ini adalah permulaan yang baik terhadap usaha HRD Corp untuk merealisasikan aspirasi tersebut. EAU merupakan institusi pendidikan terkemuka di Timur Tengah dalam bidang kejuruteraan aeronautik, pengurusan penerbangan, pengurusan perniagaan, kajian keselamatan dan keselamatan penerbangan. Ia menawarkan pelbagai kursus perakuan siswazah, sarjana, asasi, diploma, dan profesional dalam bidang yang kritikal ini.

RESOURCES

RESOURCES