HRD CORP MEMBERIKAN SUMBANGAN LEBIH RM130 RIBU KEPADA 1,000 PENERIMA MELALUI PROGRAM ZIARAH MADANI IHYA RAMADAN 2026

Human Resource Development Corporation (HRD Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), memberikan sumbangan sebanyak RM130,000 kepada masyarakat yang memerlukan bersempena program Ziarah MADANI Ihya Ramadan. Majlis disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bagi terus menyemarakkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab bersama bersempena bulan Ramadan.

HRD CORP GANTUNG TUGAS TIGA PENGURUSAN TERTINGGI

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga (3) anggota pengurusan tertinggi, susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

HRD CORP MELULUSKAN BANTUAN KEWANGAN RM2.62 BILION PADA 2025, MEMPERKASA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM2.62 bilion bagi aktiviti latihan dan pembangunan kemahiran pada 2025, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 32 peratus berbanding 2024. HRD Corp juga telah meluluskan lebih daripada 2.8 juta tempat latihan, mencerminkan peningkatan positif sebanyak 3 peratus berbanding 2024. Di sebalik statistik ini, terserlah naratif pertumbuhan serta pembangunan yang lebih relevan dan bermakna.

HRD AWARDS 2025 RAIKAN PERINTIS KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN MALAYSIA

Majlis Malam Gala HRD Awards 2025 yang dianjurkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berlangsung di Pusat Dagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), telah menghimpunkan majikan paling berwawasan, penyedia latihan yang inovatif serta jurulatih yang cemerlang di Malaysia dalam satu acara gilang-gemilang yang meraikan kecemerlangan pembangunan modal insan.

RESOURCES

RESOURCES