Kami mengambil pelajar yang mencari penempatan perantis, graduan baru atau profesional yang berpengalaman untuk bekerjasama dengan kami dalam pelbagai peranan.
Pakaian pejabat. Sifat pekerjaan kita memerlukan kita untuk berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk sektor korporat, kerajaan dan agensinya.
Walaubagaimanapun, anda boleh berpakaian santai pada hari Jumaat!
Kaji perihal pekerjaan dengan teliti. Selain itu, baca tentang organisasi kami di www.hrdcorp.gov.my untuk memahami lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang kami sediakan serta budaya syarikat kami.
Lengkapkan borang atas talian dan hantarkan borang tersebut bersama dengan gambar pasport terbaru anda. Klik butang di bawah untuk mengakses portal kerjaya HRD Corp
JobStreet
Kami mengiklankan kekosongan melalui pelbagai saluran. Namun, anda boleh klik pada pautan yang diberikan untuk memohon jawatan seperti yang diiklankan di JobStreet Malaysia.
Emel:
Ya. Profil dan resume anda akan disemak oleh perekrut kami dan akan dipertimbangkan untuk jawatan kosong di luar jawatan yang anda mohon.
Anda akan menerima e-mel yang mengesahkan bahawa permohonan anda telah diterima. Profil dan resume anda akan disemak oleh perekrut kami dan jika disenarai pendek, anda akan dihubungi untuk tindakan seterusnya.
Hanya calon yang disenarai pendek yang akan diberitahu melalui e-mel / telefon untuk peringkat seterusnya. Sekiranya anda tidak menerima maklum balas setelah mengemukakan permohonan anda dalam tempoh enam bulan, ia dianggap tidak berjaya. Walaubagaimanapun, kami mungkin menghubungi jika kami menemui pembukaan lain yang sesuai dengan kemahiran, minat dan pengalaman anda.
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Wisma HRD Corp, Jalan Beringin,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
[email protected] | 1300-88-4800
Penafian: HRD Corp tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini.
Hak Cipta © 2025 HRD Corp Hak cipta terpelihara | Dasar Keselamatan dan Privasi