RISE4WRD UNTUK INDUSTRY4WRD
Tingkatkan produktiviti syarikat pembuatan PKS dengan langkah-langkah yang disyorkan dalam Penilaian Kesediaan MITI

RiSE4WRD for Industry4WRD

RiSE4WRD untuk Industry4WRD merupakan inisiatif HRD Corp bagi menyokong agenda nasional merealisasikan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Program ini dirancang untuk membantu PKS dalam sektor pembuatan dan yang berkaitan, yang telah mengambil bahagian dalam Penilaian Kesediaan (RA) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), untuk memulakan atau mempercepat perjalanan transformasi digital mereka.

Sokongan HRD Corp*:

✓ Pembiayaan untuk kursus latihan dalam bidang berikut:

  • penyambungan, automasi, keselamatan siber, Internet of Things (IoT), pengkomputeran awan, big data, advanced stimulation, sistem autonomi, integrasi universal, realiti berperantara dan pembuatan aditif atau teknologi yang berkaitan

KUMPULAN SASARAN :

Majikan & pekerja PKS Malaysia

JENIS KURSUS :

Program yang disyorkan dalam Penilaian Kesediaan (RA).

PROSEDUR

1

Penyertaan Penilaian Kesediaan (RA)

2

Penyerahan Cadangan dengan laporan RA

3

Semakan & Kelulusan Jawatankuasa Pemilihan

4

Pelaksanaan Latihan

5

Penyerahan Tuntutan

 Untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, hantarkan e-mel ke:

RESOURCES

RESOURCES

RESOURCES