Memperkasakan Komuniti Rentan Malaysia melalui Pembangunan & Latihan
MENGENAI SEBA
Sebuah inisiatif yang direka untuk memperkasa warga emas dan pesara dengan pelbagai peluang peningkatan latihan dan latihan semula melalui kursus-kursus yang relevan.
Inisiatif ini bertujuan menyediakan kemahiran dan ilmu kepada golongan pesara yang ingin memasuki semula tenaga kerja dalam kapasiti atau sektor yang berbeza, serta warga emas yang berminta untuk melanjutkan pekerjaan atau mencari peluang menjana pendapatan.
KUMPULAN SASARAN
Rakyat Malaysia yang sudah bersara dan berumur 60 tahun ke atas.
Sebuah inisiatif khusus untuk memperkasa bekas pesalah melalui penyediaan latihan vokasional dan kemahiran-kemahiran yang praktikal dalam persekitaran yang menyokong pemulihan mereka.
Inisiatif ini bertujuan membantu integrasi semula mereka ke dalam masyarakat melalui peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan yang ke arah perkembangan peribadi positif untuk jangka panjang.
KUMPULAN SASARAN
Bekas banduan atau banduan yang sedang menjalani hukuman termasuk:
Sebuah inisiatif yang direka untuk memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemahiran latihan asas melalui pelbagai kursus yang berfokuskan kompetensi atau persijilan.
Inisiatif ini bertujuan membuka ruang untuk menerima golongan OKU di tempat kerja di samping meningkatkan integrasi mereka dalam masyarakat melalui pekerjaan atau peluang menjana pendapatan.
KUMPULAN SASARAN
Rakyat Malaysia OKU yang berumur antara 18 hingga 60 tahun.
Inisiatif ini adalah bertujuan meningkatkan kemampanan tenaga kerja, mengurangkan kadar pusing ganti dan sekaligus melonjakkan ketahanan perniagaan. Ini adalah penting bagi memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) Malaysia kekal kompetitif dalam pasaran global.
Klik pada pautan di atas untuk memulakan proses penyerahan. Adalah dimaklumkan dengan berbuat demikian anda akan dihalakan ke portal Upskill Malaysia, di mana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menyerah dan memuat naik kertas cadangan dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
Penyerahan kertas cadangan adalah berdasarkan first come, first served.
Fasa pertama penyerahan kertas cadangan dibuka dari 12 Januari 2024 hingga 24 Februari 2024.
HRD Corp mempunyai hak untuk menyemak, mengubahsuai atau menggantikan Terma & Syarat sedia ada pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
MENGENAI PROGRAM LATIHAN MADANI
Program Latihan Madani (PLM) adalah sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta komuniti yang memerlukan menerusi peluang pembangunan dan latihan. Program ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebahagian daripada Bajet 2024, sebagai langkah memperluaskan akses pembangunan dan latihan, khusus untuk pekerja Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pesara bekas pesalah dan komuniti B40.
Sebagai peneraju kepada usaha-usaha pembangunan modal insan Malaysia, HRD Corp menyambut baik mandat yang diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri. Kami komited untuk memperkasakan ekosistem pembangunan dan latihan kepada seluruh rakyat Malaysia, selaras dengan aspirasi kami untuk memantapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan, mengembangkan ilmu kritikal serta membina masyarakat yang inklusif.
Semak maklumat lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif kami dari masa ke masa!