Pensijilan NHRCI

PENSIJILAN NHRCI
Ketahui lebih lanjut mengenai kelebihan Pensijilan NHRCI dan mulakan dengan memilih mengambil peperiksaan. Ini akan membantu anda mengenal pasti tahap pensijilan yang sesuai untuk keperluan profesional anda. Sama ada anda seorang pakar Sumber Manusia mahupun baru berkecimpung, Pensijilan NHRCI mempunyai set kelayakan yang direka khusus untuk tahap pengetahuan dan pengalaman anda.

PENSIJILAN NHRCI

Program Pensijilan NHRCI adalah yang pertama seumpamanya – Program Dwi-Pensijilan Sumber Manusia secara global dan tempatan yang disediakan terdiri daripada:

  • Pensijilan Antarabangsa HRCI berprestij di A.S. yang menampilkan asas Sumber Manusia serta amalan terbaik global, dan
  • Program Pensijilan Sumber Manusia dalaman NHRC sendiri, yang menggariskan perundangan buruh, pekerjaan dan perniagaan Malaysia.

 

Program ini menawarkan tiga (3) pensijilan bertauliah berdasarkan peringkat berikut;

  • Permulaan
  • Pertengahan
  • Lanjutan

Ini menjurus ke arah memperkukuh kemahiran dan kecekapan pengamal Sumber Manusia di Malaysia di samping memartabatkan profesion tersebut secara keseluruhan.

Penilaian

Untuk diperakui, pemohon mestilah memenuhi pengalaman profesional dan keperluan pembelajaran yang ketat sebelum menjalani penilaian berkaitan.

Ketahui lebih lanjut mengenai kelebihan Pensijilan NHRCI dan mulakan dengan memilih mengambil peperiksaan. Ini akan membantu anda mengenal pasti tahap pensijilan yang sesuai untuk keperluan profesional anda.

Sama ada anda seorang pakar Sumber Manusia mahupun baru berkecimpung, Pensijilan NHRCI mempunyai set kelayakan yang direka khusus untuk tahap pengetahuan dan pengalaman anda.

Kursus selama lapan (8) hari ini akan membantu anda mengenal pasti bidang utama untuk difokuskan, memahami konsep utama serta memperoleh kemahiran untuk menjawab soalan peperiksaan.

Bahan kajian yang komprehensif dan akses dalam talian kepada sistem pembelajaran yang menampilkan kajian kes interaktif akan disediakan kepada peserta untuk membantu mereka bersedia menghadapi peperiksaan. Pasukan jurulatih yang berkelayakan juga akan bersedia untuk memberikan sebarang sokongan yang mungkin diperlukan oleh peserta.

Duduki peperiksaan secara dalam talian di rumah atau pejabat anda untuk mengesahkan kepakaran anda. Berhubung dengan rangkaian eksklusif profesional Sumber Manusia yang bermotivasi di lebih 100 negara serta wilayah, dan dapatkan pengiktirafan daripada organisasi serta rakan sejawatan anda.

Untuk kekal diperakui, peserta wajib menjalani pensijilan semula setiap tiga (3) tahun. Ini akan membantu mereka kekal dalam perkembangan semasa serta berpengetahuan dalam setiap elemen Sumber Manusia, mencerminkan komitmen mereka untuk meneruskan kecekapan Sumber Manusia melalui penyempurnaan aktiviti pembangunan profesional. Ia juga merupakan satu cara untuk menunjukkan pencapaian profesional dengan menerima kredit pensijilan semula.

Manfaat dan Cadangan Nilai

Pensijilan profesional Sumber Manusia merupakan instrumen yang mampu memperkasakan kakitangan mana-mana organisasi yang mempunyai pengetahuan tentang perancangan dan pembangunan modal insan. Ini dapat membantu mereka membentuk pertumbuhan jangka panjang organisasi dengan bakat yang tepat di samping dasar yang mengutamakan kakitangan.

  • Pengamal Sumber Manusia di negara ini bukan sahaja terdedah kepada amalan terbaik Sumber Manusia secara global, mereka juga akan mempelajari lebih lanjut tentang undang-undang pekerjaan tempatan, negeri dan persekutuan yang memainkan peranan penting dalam Sumber Manusia.

  • Profesional Sumber Manusia akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang meluas mengenai pelbagai jenis pihak berkuasa berkanun serta kawal selia untuk menguruskan operasi harian mereka dengan berkesan, di samping berurusan secara sah dengan pekerja, dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan dengan syarikat.

  • Profesional Sumber Manusia mempunyai peluang luas untuk berada di barisan hadapan untuk membawa trend dan perkembangan terkini dalam organisasi mereka dengan mengikuti perkembangan terkini berhubung kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan.

  • Profesional Sumber Manusia boleh menjadi pengurus yang lebih menyeluruh dan berkesan melalui pensijilan, yang seterusnya boleh menjadi batu loncatan untuk memajukan kerjaya mereka.

     

Majikan hendaklah memperoleh profesional Sumber Manusia bertauliah yang mahir serta berkebolehan menggunakan amalan terbaik Sumber Manusia dalam organisasi. Ini boleh membawa kepada peningkatan prestasi keseluruhan syarikat, mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan membangunkan pendekatan progresif kepada tenaga kerja dan pihak berkepentingan.

Permulaan

Pengambilan pertama untuk program ini adalah pada Jun 2021.

RESOURCES

RESOURCES

RESOURCES