Unit Industrial Skills Framework, di bawah Jabatan Pembangunan (Development Department), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah membangunkan Kerangka Kerja Kemahiran Industri, khusus untuk Industri Logistik dan Pergudangan di Malaysia pada tahun 2021. Dokumen komprehensif ini dibangunkan oleh PSMB dengan kerjasama Federation of Malaysian Freight Forwarders (FMFF), Malaysian Institute of Freight Forwarders (MIFF), Selangor Logistics and Freight Forwarders Association (SFFLA) dan International Air Transport Association (IATA).

LOGISTIK DAN PERGUDANGAN

Logistic_logo

PEMBANGUNAN KERANGKA KERJA KEMAHIRAN INDUSTRI LOGISTIK DAN PERGUDANGAN

Unit Industrial Skills Framework, di bawah Jabatan Pembangunan (Development Department), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah membangunkan Kerangka Kerja Kemahiran Industri, khusus untuk Industri Logistik dan Pergudangan di Malaysia pada tahun 2021. Dokumen komprehensif ini dibangunkan oleh PSMB dengan kerjasama Federation of Malaysian Freight Forwarders (FMFF), Malaysian Institute of Freight Forwarders (MIFF), Selangor Logistics and Freight Forwarders Association (SFFLA) dan International Air Transport Association (IATA).

Dokumen edisi pertama ini mencakupi tiga (3) bidang tumpuan utama iaitu:

Pengangkutan Laut: Pembrokeran Kastam & Pengangkutan
Pengangkutan Udara: Pembrokeran Kastam & Pengangkutan
Kargo Udara

Dokumen ini merangkumi sebanyak 67 jawatan dan peranan di mana 27 daripadanya tersenarai di bawah Pengangkutan Laut dan Udara, manakala 40 jawatan selebihnya di bawah Kargo Udara.

Industri logistik dan pergudangan adalah merupakan tulang belakang ekonomi negara. Ia menjadi semakin penting dalam menggalakkan aktiviti perdagangan, meningkatkan kecekapan perniagaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Ini sekaligus meningkatkan daya saing negara dan memperkukuh ekosistem rantaian di kalangan penyedia logistik dan agensi-agensi.

Rangka Kerja Kemahiran Industri (IndSF) dalam Industri Logistik dan Pergudangan yang dibangunkan oleh HRD Corp memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah industri ke arah peningkatan kemahiran tenaga kerja mengikut program latihan yang disyorkan oleh pakar-pakar industri. Perluasan skop di bawah Industri Logistik dan Pergudangan IndSF juga dijangka merangkumi jalan raya dan keretapi. Ini akan memberikan panduan komprehensif kepada permintaan bakat dan keperluan latihan dalam industri.

Dokumen ini merangkumi perkara-perkara berikut:

01. Maklumat Sektoral
02. Laluan Kerjaya
03. Deskripsi Jawatan dan Kemahiran
04. Kursus Latihan
Dokumen ini boleh dimuat turun menerusi pautan berikut:

RESOURCES

RESOURCES