Edisi pertama Kerangka Kemahiran Industri (IndSF) untuk Perkhidmatan Air dan Pembetungan dibangunkan oleh HRD Corp dengan kerjasama Persatuan Air Malaysia (MWA) dan Indah Water Konsortium (IWK) bagi, mematuhi Seksyen 49: Akta 655, Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
Pelaksanaan dokumen ini adalah cerminan kepada industri Perkhidmatan Air dan Pembetungan yang bersama-sama dalam menangani masalah keperluan pembangunan bakat serta berfungsi sebagai panduan kepada pekerja, majikan dan penyedia latihan berhubung pengetahuan, pengalaman dan penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam industri.
Menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), dokumen tersebut telah disempurnakan dengan merangkumi program latihan teknikal dan bukan teknikal untuk semua peringkat pekerjaan dalami industri yang akan memberikan manfaat untuk memperluaskan kumpulan kemahiran tenaga kerja semasa.
Terdapat tiga (3) bidang tumpuan kritikal yang telah dikenalpasti iaitu Bekalan Air, Pembetungan dan Perkhidmatan Sokongan
Bekalan Air
Pembentungan
Perkhidmatan Sokongan
Dokumen ini memberikan pendekatan terhadap:
1. Maklumat Sektoral
2. Struktur Laluan Kerjaya
3. Bidang Tumpuan & Laluan Kerjaya
4. Huraian Kerja & Kemahiran
5. Program Latihan yang Disyorkan
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Wisma HRD Corp, Jalan Beringin,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
[email protected] | 1300-88-4800
Penafian: HRD Corp tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini.
Hak Cipta © 2025 HRD Corp Hak cipta terpelihara | Dasar Keselamatan dan Privasi