Industri Mesin dan Peralatan (M&E) telah menjadi salah satu kepentingan strategik sepanjang revolusi perindustrian global yang berfungsi sebagai satu daripada pembentuk asas bagi semua segmen ekonomi, seperti industri utama, pembuatan dan perkhidmatan. Industri M&E mewakili salah satu sektor yang paling inovatif dalam ekonomi yang menggabungkan semua teknologi utama masa depan termasuk elektronik, robotik, bahan dan integrasi perisian yang seterusnya, menjadikan industri ini pemain utama dalam revolusi industri berikutnya – Industri 4.0. Sektor M&E juga telah dikenalpasti sebagai salah satu sub-sektor pemangkin di bawah Rancangan Malaysia ke-11 lanjutan daripada hubungan silang dengan semua segmen ekonomi.
Pelaksanaan kerangka ini merangkumi definisi industri M&E, termasuk Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan (ESS). Fokus dan skop pelaksanaannya juga merujuk kepada definisi standard pekerjaan yang telah ditetapkan, seperti dokumen MASCO dan MSIC 2008.
Struktur Pekerjaan
Profil Pekerjaan
Kecekapan Dalam Pekerjaan dan Kategori Kemahiran
1. Maklumat Sektoral
2. Struktur Pekerjaan
3. Laluan Kerjaya
4. Profil Pekerjaan
5. Set Kemahiran
6. Program Latihan Yang Berkaitan
Muat Turun Dokumen IndSF Di Sini:
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Wisma HRD Corp, Jalan Beringin,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
[email protected] | 1300-88-4800
Penafian: HRD Corp tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini.
Hak Cipta © 2025 HRD Corp Hak cipta terpelihara | Dasar Keselamatan dan Privasi