INDUSTRI HOSPITALITI
Artboard 4

PELAKSANAAN DOKUMEN IndSF

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pelancong bagi Kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020), satu kerjasama antara HRD Corp dan Malaysian Association of Hotels (MAH) telah dijalankan dalam usaha untuk melaksanakan kerangka kerja yang diperkenalkan kepada industri ini pada tahun 2019. Sebelum pelancarannya, beberapa siri bengkel telah dianjurkan dengan melibatkan 56 pakar yang telah memberikan pandangan mereka berhubung kemahiran serta bakat yang amat diperlukan untuk industri perhotelan.

Acara pelancaran telah dianjurkan secara bersama oleh HRD Corp, Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan MAH pada 9 Disember 2019 untuk memperkenalkan inisiatif ini kepada industri. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Haji Mahfuz Haji Omar dengan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Amir Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, Ketua Eksekutif HRD Corp, Elanjelian Venugopal, Presiden MAH, Kamaruddin Baharin, Ketua Pegawai Eksekutif MAH, Yap Lip Seng dan Timbalan Ketua Setiausaha (Promosi) Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Dato’ Mohmed Razip Hasan.

#VisitMalaysia2020
#VM2020

BIDANG TUMPUAN :

Front Office
(Buku 1)

Penjagaan & Pengemasan
(Buku 2)

Pengurusan Hasil
(Buku 3)

Jualan & Pemasaran
(Buku 4)

Pengurus Hotel & Pengurus Besar
(Buku 5)

RESOURCES

RESOURCES

RESOURCES