E-INVOIS
PELAKSANAAN E-INVOIS
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mewajibkan pelaksanaan sistem e-Invois untuk semua pembayar cukai berdaftar di Malaysia. Selaras dengan arahan ini, HRD Corp akan menggunakan sistem e-Invois bermula dari 1 Januari 2025.
Untuk memastikan keperluan ini dipatuhi, kami memohon kerjasama semua pihak berkepentingan untuk mengemaskini butiran-butiran penting bagi pelaksanaan proses e-Invois.
APA ITU E-INVOIS?
e-Invois ialah sejenis dokumen urus niaga antara pembekal dan pembeli versi digital yang diformat secara berstruktur dan boleh dibaca mesin. Ia mengandungi semua maklumat penting yang sama seperti invois fizikal sedia ada.
SIAPA YANG TERKESAN DENGAN PELAKSANAAN E-INVOIS?
Semua pihak berkepentingan yang berurusan dengan HRD Corp dari segi kewangan wajib mematuhi pelaksanaan ini termasuk Majikan Berdaftar, Penyedia Latihan, Jurulatih, Individu dan pihak Pembekal.
KENAPA E-INVOIS PENTING?
Pelaksanaan e-Invois adalah usaha untuk menaik taraf yang perlu untuk pematuhan cukai dan meningkatkan kecekapan perniagaan. Ia juga mewujudkan proses yang lebih kukuh untuk semua pemegang taruh ke arah pendigitalan bagi memastikan pelaporan cukai dan kewangan yang tepat, meminimakan kesilapan, sekali gus mengoptimumkan operasi.
APA YANG ANDA PERLU BUAT?
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, anda perlu melengkapkan maklumat penting seperti nombor pendaftaran cukai, nombor SST, kod industri mengikut Kod Standard Industri Malaysia (MSIC), Kod Pengelasan LHDN, serta maklumat lain yang berkaitan.
Sila rujuk Manual Pendaftaran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan maklumat yang perlu dilengkapkan.
ADAKAH MAKLUMAT ANDA SELAMAT DENGAN KAMI?
HRD Corp akan memastikan kesemua transaksi e-Invois adalah selamat dan mematuhi peraturan perlindungan data peribadi – data anda selamat dengan kami.
PERLUKAN BANTUAN LANJUT BERKAITAN E-INVOIS?
Maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan e-Invois boleh didapati dengan merujuk dokumen rasmi sepertidi bawah. Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut.
Talian: 1800 88 4800
E-mel: [email protected]
MUAT TURUN DOKUMEN RASMI
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD
Wisma HRD Corp, Jalan Beringin,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur
[email protected] | 1800-88-4800