PENYEDIA LATIHAN
Ketahui syarat dan prosedur untuk menjadi penyedia latihan kepada majikan yang berdaftar HRD Corp.

PENGGUNAAN LOGO HRD Corp

  • Hanya Penyedia Latihan yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan PSMB dibenarkan menggunakan logo PSMB.
  • Untuk pengesahan:
  • Penyedia Latihan yang tidak berdaftar dan organisasi lain yang ingin menggunakan logo HRD Corp hendaklah membuat permohonan bertulis kepada HRD Corp untuk mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu. HRD Corp berhak untuk memberikan persetujuan untuk apa-apa permohonan mengikut budi bicara mutlaknya, dan tertakluk kepada terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh HRD Corp, termasuk jangka masa penggunaan.
  • Penyedia Latihan perlu memastikan format logo yang digunakan mengikut Garis Panduan Logo. Sila rujuk garis panduan yang dilampirkan.
  • Untuk mengelak daripada membuat pernyataan yang mengelirukan kepada Majikan, Penyedia Latihan HANYA dibenarkan menggunakan frasa berikut, sama ada secara individu atau bersama, ketika memasarkan Program Latihan mereka:

Penyedia Latihan Berdaftar HRD Corp:

digunakan untuk menunjukkan bahawa Penyedia Latihan berdaftar dan aktif dengan HRD Corp.

Boleh Tuntut daripada HRD Corp:

digunakan untuk pemasaran program Latihan, Persidangan, Seminar dan acara lain yang boleh dituntut dari pungutan Levi HRD Corp.

  • Penyedia Latihan yang berhasrat menggunakan logo HRD Corp untuk tujuan selain daripada yang ditetapkan dalam pekeliling ini hendaklah menulis surat kepada HRD Corp bagi mendapatkan persetujuan bertulis terlebih dahulu. Bagaimanapun, permintaan tersebut hanya untuk jangka masa yang terhad sahaja.

  • HRD Corp berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana Penyedia Latihan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini ketika menggunakan logo HRD Corp dan frasa pemasaran yang ditetapkan.

Garis Panduan Logo

Muat turun untuk maklumat lebih lanjut

Logo Boleh Dituntut Melalui HRD Corp

Muat turun logo untuk Boleh Dituntut Melalui HRD Corp

Logo Penyedia Latihan HRD Corp

Muat turun logo untuk Penyedia Latihan HRD Corp

RESOURCES

RESOURCES