Second Chances and Opportunities for People to Excel (SCOPE)
Memulakan hala tuju baharu dengan sokongan serta latihan yang bertepatan

Second Chances and Opportunities for People to Excel (SCOPE)

SCOPE adalah inisiatif  oleh HRD Corp dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia untuk membantu banduan dan bekas banduan dengan memberikan mereka latihan kemahiran dan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan. Program ini melingkungi banduan mengikut kategori berikut:

  • Orang Diselia (ODS) – merujuk kepada banduan atau individu yang sedang berada di bawah seliaan dalam penjara
  • Orang Diparol (ODP) – merujuk kepada banduan yang telah dibebaskan dengan parol
  • Orang Bebas Berlesen (OBB) – merujuk kepada bekas banduan yang dilepaskan secara berlesen atau bersyarat


SCOPE
akan melengkapkan peserta dengan latihan dan program pembangunan kemahiran, disusuli peluang penempatan dan pekerjaan. Program ini menumpukan kepada penambahbaikkan potensi kebolehkerjaan mereka, di samping membantu mereka mempersiapkan diri untuk menyertai semula tenaga kerja nasional dan juga masyarakat.

Inisiatif ini juga menyasarkan untuk menimbulkan kesedaran, menambahbaik penerimaan dan memantapkan proses integrasi di antara bekas banduan dan komuniti mereka. Untuk mencapai matlamat tersebut, adalah penting bagi setiap pihak, khususnya majikan dan penggiat industri untuk menyediakan kaedah dan peluang kepada bekas banduan ini untuk meraih pendapatan. Ini akan membantu mengurangkan stigma dan tanggapan negatif yang sering mereka hadapi, di samping memberikan mereka peluang kedua yang diperlukan untuk membina semula kehidupan dan menjadi anggota masyarakat yang produktif.

Pelaksanaan inisiatif ini sejajar dengan visi HRD Corp untuk memastikan setiap rakyat Malaysia terlatih dan boleh berupaya bekerja. Ia juga seiring dengan usaha Kementerian Sumber Manusia untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran negara, dengan memberi pendedahan terhadap potensi bekas banduan. Ini juga bertujuan untuk mewujudkan tenaga kerja dan masyarakat yang lebih inklusif.

Objektif

Objektif program ini adalah seperti berikut:
  • Menurunkan kadar jenayah dengan berkurangnya risiko pengulangan jenayah lampau oleh bekas banduan.
  • Merendahkan populasi serta kos pengurusan penjara.
  • Memperkasakan setiap aspek masyarakat untuk memastikan mereka dilatih, berkemahiran dan bekerja.
  • Membina masyarakat yang inklusif dengan tenaga kerja yang pelbagai dan dinamik.
  • Memberi sokongan sosio-ekonomi yang lebih baik kepada komuniti yang tercicir dengan memastikan tidak ada individu atau golongan yang ketinggalan.

BENTUK LATIHAN YANG DISEDIAKAN

  • Kemahiran Tenikal
  • Kemahiran Spesifik-Industri
  • Kemahiran Insaniah
  • Pembangunan Peribadi

sokongan lain

Sokongan yang berkaitan dengan pekerjaan

Meningkat serta melatih semula kemahiran dan pembangunan profesional yang berterusan
Bantuan pembelajaran dan pendidikan sepanjang hayat
Sokongan komuniti secara kolektif dan bantuan untuk kesejahteraan keluarga
Bimbingan hidup dan sokongan psikologi

FASA PELAKSANAAN

Fasa 1 – Projek Rintis
Fasa 1 program akan berlangsung antara September hingga Disember 2021. HRD Corp dan JPM akan bekerjasama dengan empat rakan strategik untuk memberikan latihan dan peluang penempatan kepada 1,000 bekas banduan. Latihan tersebut termasuk penyelenggaraan dan kerja membaikpulih peralatan mekanikal, kimpalan dan regangan kabel, pengendalian kenderan berat dan kemahiran spesifik yang berkait dengan perkilangan dan pembuatan.

Fasa 2 – 2022
Fasa 2 akan ditingkatkan untuk merangkumi 5,000 banduan di seluruh negara

Fasa 3 – 2023
Fasa ke 3 akan membantu 15,000 banduan.

INDUSTRI YANG DILIPUTI

Pertanian

Pembinaan

Perkilangan

Pengangkutan

Perkhidmatan

Perlombongan & Perkuarian

Perladangan

JIKA SYARIKAT ANDA BERMINAT UNTUK MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN, SILA HANTARKAN PENYERTAAN DI SINI

DISOKONG RAKAN STRATEGIK UTAMA:

Download

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Call for Collaboration

Application Process

Individual

Register as user
  • Log in to MySpike system
  • New application
  • Self assessment
  • Review by Department of Skills Development (DSD)
  • Payment of registration fees directly to Department of Skills Development (DSD)

 Recognition of Achievement

a. Application via system Documents Required :
  • A copy of MyKad
  • A copy of Slip Permohonan SKM Secara PPT
  • Course Fee Details (Quotation)

b. Approval

c. Claim
  • Claim Form
  • Invoice (from appointed Pusat Bertauliah / Appointed Vendor)
  • Payment Voucher
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Call for Collaboration

a. Application via system

Documents Required :

  • A copy of MyKad
  • Course Fee Details (Quotation)
  • Other necessary documents

b. Approval

c. Claim
  • Claim Form
  • Invoice (from appointed Pusat Bertauliah / Appointed Vendor)
  • Payment Voucher
  • Dual Certificate (joint venture of appointed Pusat Bertauliah/Appointed Vendor)

RESOURCES

RESOURCES

RESOURCES