INDIVIDU
Mengembangkan peluang menerusi pembelajaran berterusan

INDIVIDU

HRD Corp berfungsi sebagai pusat pengembangan pekerjaan dan kemahiran sehenti yang memberikan anda peluang untuk melatih semula serta meningkatkan kemahiran dalam pelbagai perkhidmatan latihan. Ini seterusnya dapat meningkatkan peluang penempatan dan pengembangan kerjaya anda.

Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, usia, pendidikan dan industri boleh memanfaatkan perkhidmatan HRD Corp seperti HPC, NHRC, JanaPreneur, PENJANA HRD Corp dan UpskillMalaysia.

KUMPULAN SASARAN

Penganggur

Warga emas

OKU

Kumpulan B40

Pekerja sedia ada

Untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan pekerja dalam sesebuah syarikat bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan, mahir, dan kompeten

Bakal pekerja

Untuk merekrut pekerja baru dan memperoleh kemahiran khusus bagi penempatan pekerjaan pada masa depan dan akhirnya menjadi pekerja yang kompeten.

Pekerja mahir

Untuk peningkatan dan penambahan kemahiran bagi pekerja di dalam sesebuah syarikat untuk berkebolehan, mahir, dan membangunkan syarikat yang mempunyai tenaga kerja yang kompeten

INISIATIF

HRD Corp Placement Centre (HPC)

Majikan, Individu & Penyedia Latihan

Portal maya sehenti yang menyediakan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada rakyat Malaysia melalui pemadanan dan penempatan pekerjaan, latihan dan pengembangan, serta nasihat dan bimbingan kerjaya. Ia juga merupakan platform yang tepat bagi majikan untuk mencari calon yang sesuai mengisi kekosongan jawatan dengan segera.

National Human Resource Centre

Pihak Berkepentingan & Agensi Luar

Badan pemikir untuk menyokong agenda nasional memperkasakan industri Malaysia dengan menyediakan SM yang strategik dan kompeten kepada sektor industri yang berkaitan. Pusat ini juga bertanggungjawab untuk memberikan cadangan yang inovatif dan praktikal yang dihasilkan dari penyelidikan berkualiti tinggi. Ini akan memastikan pihak berkepentingan luar mampu menjadi rakan strategik HRD Corp dengan menyelaras dan mengintegrasikan semua bidang perkhidmatan di seluruh Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia.

JanaPreneur

Penjual, Pembeli & Rakan Strategik

Platform e-dagang yang pada mulanya dirancang untuk menyokong mereka yang mengambil bahagian dalam Inisiatif PENJANA HRDCorp untuk memulakan perniagaan serta perkhidmatan dalam talian. Platform ini akan diperkenalkan kepada penjual awam dan dalam talian yang lebih besar dalam masa terdekat.

Penjana HRD Corp

Pencari Kerja, Majikan & Penyedia Latihan

Mandat yang diberikan Kerajaan Malaysia untuk membantu memacu aktiviti ekonomi dengan menyediakan peluang latihan semula serta peningkatan kemahiran kepada rakyat Malaysia dengan harapan dapat meningkatkan tahap kebolehkerjaan para penganggur. Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.

UpskillMalaysia

Majikan & Individu

UpskillMalaysia adalah hab sumber yang mengandungi maklumat komprehensif mengenai program peningkatan dan pengisian semula yang dibiayai oleh Kerajaan. Ini akan memberikan akses mudah kepada rakyat terhadap maklumat mengenai program latihan atau peluang lain di portal tersebut.

Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL 2021)

Majikan, Penyedia Latihan & Individu

RPEL 2021 adalah skim yang dirangka untuk membantu pekerja tempatan yang memiliki tahap pendidikan rendah dan menengah untuk diiktiraf dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan standard yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau sijil yang setara, ini bertujuan untuk membantu pembangunan kerjaya pekerja terbabit. RPEL 2021 adalah salah satu skim di bawah peruntukan RMK12.

RESOURCES

RESOURCES