PEMATUHAN & PENTADBIRAN KORPORAT
Komitmen kami untuk memerangi rasuah bermula dengan kami. Kami menjemput anda untuk menyertai inisiatif ini bersama kami.

Ikrar Integriti

Dengan penerapan salah satu daripada empat nilai teras kami, iaitu Integriti, HRD Corp menandatangani Ikrar Integriti Korporat dengan alaysian Anti-Corruption Commission (MACC) pada tahun 2014, dan memperkenalkan Ikrar Integriti kami sendiri kepada semua majikan dan penyedia latihan kami yang berdaftar untuk meminimumkan dan membasmi penipuan sebagai serta rasuah.

Kami mengajak semua majikan dan penyedia latihan yang berdaftar untuk menandatangani Ikrar Integriti (boleh dimuat turun di bawah) untuk membuat komitmen bersama dengan kami untuk memerangi rasuah di Malaysia.

Sistem ini menetapkan kedudukan PSMB mengenai rasuah dan korupsi dalam pelbagai bentuk.

Skop

Sistem ini terpakai kepada PSMB, rakan perniagaan/pihak berkepentingan yang bertindak bagi pihak PSMB, Lembaga Pengarah dan semua kakitangan PSMB. Syarikat usaha sama yang tidak dikawal oleh PSMB atau perniagaan dan syarikat bersekutu digalakkan untuk menerapkan prinsip yang sama. Penyedia perkhidmatan/ wakil juga diharapkan dapat mematuhi perkara ditetapkan oleh PSMB.

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Dasar Pemberi Maklumat membolehkan organisasi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat setelah mereka memilih untuk membuat pendedahan kepada Agensi Penguatkuasaan. Perlindungan ini termasuk menjaga kerahsiaan pemberi maklumat, melindungi mereka dari tindakan yang merbahaya dan memberi mereka perlindungan dari dikenakan tindakan sivil atau jenayah yang mungkin mereka hadapi setelah membuat pendedahan tersebut.

Ancaman yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat termasuk:

  • Perlakuan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kerosakan kepada diri dan harta benda
  • Ancaman atau gangguan
  • Gangguan / campur tangan terhadap pekerjaan atau kehidupan seseorang / individu termasuk diskriminasi, penamatan perkhidmatan, penurunan pangkat dan sebagainya.


KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengamalkan ketegasan POLISI TIADA HADIAH untuk memastikan reputasi dan integriti HRD Corp sentiasa terpelihara.

HRD Corp berusaha memperkukuhkan standard tertinggi dalam melaksanakan semua urusan perkhidmatan dan operasi berlandaskan nilai-nilai teras kami.

Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang bersabit dengan kesalahan POLISI TIADA HADIAH HRD CORP.

RESOURCES

RESOURCES