MENGENAI HRD Corp
Membawakan Kualiti, Membangunkan Kecemerlangan

SIAPA KAMI?

HRD Corp bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pengembangan bakat Malaysia melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan serta pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mengembangkan misi kami merangkumi penempatan pekerjaan dan latihan industri, bimbingan serta kaunseling kerjaya di samping mengembangkan peluang menjana pendapatan bagi rakyat Malaysia dari pelbagai kemahiran, latar belakang dan kemampuan.

Tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 (Akta PSMB 2001) dan di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (KSM), Malaysia, visi kami adalah untuk membuktikan transformasi ekonomi Malaysia melalui aset paling berharga di negara ini – rakyatnya. Inilah tujuan kami datang ke tempat kerja, setiap hari.

Kami berhasrat untuk menjadi pemangkin dalam memacu pengembangan tenaga kerja Malaysia di masa kini dan pada masa hadapan, sejajar dengan usaha negara untuk mencapai tahap ekonomi yang maju dan berpendapatan tinggi.

VISI DAN MISI

VISI
Setiap Rakyat Malaysia Terlatih dan Boleh Bekerja.

MISI
Memperbaiki kehidupan melalui pembelajaran sepanjang hayat dan pemerolehan kemahiran kerja di masa depan.

NILAI KORPORAT P.I.L.L.A.R.

Passion / Bersemangat : 
Percaya pada misi untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia, menunjukkan sikap positif dan berusaha ke arah budaya cemerlang.

Integrity / Integriti : 
Mematuhi standard profesionalisme, etika dan tanggungjawab peribadi tertinggi yang selaras dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak berkepentingan.

Leadership / Kepimpinan :
Kepimpinan melalui tauladan dengan menerajui keperluan untuk pembelajaran berterusan dalam organisasi dan mengawasi industri latihan.

Loyalty / Kesetiaan : 
Berdedikasi untuk melindungi kepentingan organisasi dan berusaha untuk mencapai semua hasil yang diharapkan.

Agility / Ketangkasan : 
Mampu dan bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan apabila diperlukan, proaktif dalam mencari jalan penyelesaian untuk menangani cabaran. Berdaya tahan dalam menghadapi kesukaran.

Responsive / Responsif :
Bersikap responsif, penuh perhatian dan peka terhadap keperluan pihak berkepentingan. Sifat yang membina tarikan serta rasa hormat dalam ekosistem pembangunan tenaga kerja.

RESOURCES

RESOURCES