MAJIKAN
Ketahui lebih lanjut mengenai proses pendaftaran, pemberhentian, pembatalan pendaftaran dan pemerolehan sebagai majikan bersama HRD Corp.

GANJARAN DAN JANJI HRD CORP

HRD Corp menyasarkan untuk membantu perniagaan meningkatkan produktiviti, daya saing serta pendapatan perusahaan di samping membekalkan kemahiran diperlukan setiap individu yang berhasrat menyumbang tenaga kerja yang produktif.

Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp bukan saja dapat menikmati pelbagai tawaran latihan sesuai dengan keperluan perniagaan dan industri mereka, malah mereka juga akan dapat memanfaatkan sumbangan serta dana khas dari Kerajaan.

Akses kepada Peruntukan Latihan Berstruktur

Levi yang dikumpulkan merupakan peruntukan tambahan untuk latihan bagi majikan, terutama PKS, untuk menggalakkan, meningkatkan dan menaiktaraf kemahiran pekerja tempatan, perantis dan pelatih melalui geran latihan. Kos latihan ini boleh dituntut oleh majikan setelah tamat latihan, dari pungutan Levi Pembangunan Sumber Manusia berkenaan.

Pemangkin ke Arah Produktiviti Organisasi

Syarikat yang berdaftar dengan HRD Corp mampu mencapai peningkatan produktiviti hingga 3% melalui latihan di bawah pengawasan HRD Corp. Ini hampir tiga (3) kali lebih berkesan dalam menyumbang kepada produktiviti organisasi kesan ekosistem latihan yang sangat mapan di bawah HRD Corp.

Pengiktirafan Peringkat Kebangsaan untuk Organisasi

HRD Corp memberikan pengiktirafan kepada majikan berdaftar menerusi anugerah HRD Corp. Ini dilaksanakan bagi memperakui usaha organisasi tersebut dalam mengembangkan modal insan untuk negara. Melalui penghargaan yang diberikan ini, majikan akan dapat menarik dan merekrut pekerja yang lebih berkualiti untuk menyertai organisasi mereka, berikutan tumpuan khusus mereka terhadap kemahiran dan pengembangan.

Bekalan Kursus dan Penyampaian Berkualiti yang Sesuai dengan Industri

Melalui penyelidikan dan pengembangan yang luas serta penglibatan industri, HRD Corp telah mengumpulkan data, pengetahuan serta pengalaman dalam kemahiran dan latihan untuk pelbagai industri sejak lebih daripada 28 tahun. Menerusi kerangka kemahiran industri HRD Corp disokong dengan pelbagai data yang telah dianalis, kursus yang didaftarkan di bawah HRD Corp akan dinilai dengan teliti bagi memastikan latihan tersebut membawa nilai yang signifikan terhadap industri berkenaan.

SISTEM GERAN LEVI

Sistem ini diperkenalkan untuk melaksanakan program latihan berdasarkan keperluan perniagaan. Ia juga membolehkan majikan melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka, sesuai dengan keperluan operasi semasa dan masa depan organisasi.

RESOURCES

RESOURCES

RESOURCES